Sabtu, 16 Ogos 2014

Laki Bini Bergaduh Besar Sebab Loan 100k











Tak tahu apa nak jadi. Disebabkan hutang RM100,000 satu pasangan suami isteri bergaduh sakan. Seorang pengguna Facebook telah memuatnaik gambar screenshot mengenai pergaduhan tersebut. 

























Yang paling teruk, siap cakap pasal cerai-cerai lagi. Tapi yang lelaki tampak lebih tenang berbanding si perempuan.



Isnin, 11 Ogos 2014

Kucing Misteri Melawat Kubur Arwah




















Beberapa hari yang lalu, gambar sayu seekor kucing melihat tuannya dikebumikan menjadi viral di media sosial. Namun, tiada sesiapa yang tahu kisah disebalik kejadian yang amat menyayatkan hati itu.

Sunazrah Saleh mendedahkan arwah yang dikebumikan itu adalah ayahnya. Berikut kisah sebenar mengenai kucing berkenaan:

Arwah adalah ayah saya. Arwah meninggal 9 syawal yang lalu. Arwah memang sayangkan. Dah berpuluh-puluh kucing yang dia jaga. Kebanyakkan kucing yang dibela sampai kucing tua, mati atau dicuri orang.

Sejak arwah sakit dan pakai wheelchair, kami tak bagi dia bela kucing lagi. Tapi memang kami tak boleh pisahkan kasih sayang dia dengan kucing. Pantang nampak kucing lintas depan dia, mesti dia panggil bagi makan.

Kalau bawak arwah pergi kedai makan, mesti ada kucing datang dekat arwah. Sampai kitorang selalu cakap dekat arwah


Bau abah ni kucing suka kot..


Sebelum ini ada seekor kucing yang paling arwah sayang tapi dah kena curi. Dulu masa kami tinggal di Wangsa Maju Section 1, setiap kali azan, arwah mesti pergi ke surau jalan kaki. Kucing tu akan mengiringi arwah sampai ke surau. Lepas tu dia akan tunggu kat depan pintu surau. Bila arwah keluar, dia ikut iring balik. Begitulah rutin hari-hari. Tidur pula hujung kaki arwah. Sampailah kucing tu hilang kena curi.

Terlalu banyak kisah-kisah menarik arwah dengan kucing-kucing jagaannya. Dan kebanyakkan hilang kena curi. Sebab arwah tak suka sangkarkan kucingnya. Sebab dia tak suka kurung kucing.

Kejadian di tanah perkuburan itu memang kami 1 keluarga terperanjat juga. Seekor kucing yang kami tak pernah nampak sebelum ini ada di pusara arwah. Tadi saya cuba singgah nak tengok, rupa-rupanya kucing tu ada lagi kat situ.

Saya ada bertanya pada ustaz kejadian itu. Ustaz kata mungkin arwah pernah jumpa kucing ini dulu, tapi kita mungkin tak tahu ataupun ada maksud lain yang tersirat untuk menyedarkan kita bagaimana kasihnya seorang hamba Allah pada kucing sepanjang hayatnya. Wallahuaklam. - Sunazrah Saleh


Rabu, 16 Julai 2014

Jacob Well, Texas Hill Country

Jika anda berpeluang datang ke lubang sungai ini di “Texas River” adakah teringin untuk meloncat terjun ke dalam sungai ini? Aktiviti inilah yang paling digemari oleh penduduk di sana. “Jacob Well” adalah “Karstic Spring” yang terletak di Texas Hill Country.  Tahukah anda kawasan ini hampir dinobatkan sebagai 7 Keajaiban Dunia?
Lubang sedalam 30 kaki ni memberikan ruang yang banyak untuk menyelam














Apa-apapun pastikan anda tidak tersasar semasa terjun, Batu ada di sekeliling lubang












Lubang sungai ini ditemui pada tahun 1850s oleh peneroka ketika mereka melalui sungai ini












Saya juga pasti benda pertama yang terlintas di hati mereka ketika itu adalah terjun ke dalam sungai.












Saya terpaksa akur












Tempat ini kelihatan menyeronokkan












Bahagian yang lebih dalam adalah merbahaya untuk pengetahuan anda












Saya tidak galakkan anda mencuba jika anda bukan penyelam terlatih












Setakat ini, 9 orang telah meninggal dunia di sini












Jadi, walaupun kelihatan amat menyeronokkan












Anda kenalah berhati-hati












Sebab jika anda tersasar, mungkin itu adalah terjunan terakhir anda!












Dengan berita mengenai kematian yang berlaku di sana, saya agak mesti ramai yang berhenti melakukan aktiviti menyelam di sana, saya silap. apa-apapun jika anda berpeluang datang ke tempat ini, sila berhati-hati ketika melakukan terjunan (merbahaya) anda.



Sabtu, 12 Julai 2014

FIFA

















Gabungan Bola Sepak Antarabangsa (Fédération Internationale de Football Association dalam bahasa Perancis) lazimnya dikenali dengan singkatan FIFA, adalah badan pentadbiran bagi bola sepak dan pertubuhan sukan terbesar di dunia. Ibu pejabatnya terletak di Zürich, Switzerland dan presiden terkini adalah Sepp Blatter.


Sejarah FIFA

Keperluan untuk satu badan untuk memantau permainan sedunia ini menjadi jelas pada permulaan abad ke-20 dengan populariti antarabangsa yang semakin meningkat. Persatuan bolasepak Inggeris telah mempengerusikan banyak diskusi tentang membina satu badan antarabangsa, tetapi telah dilihat sebagai tidak membuat sebarang kemajuan. Ia jatuh kepada tujuh negara-negara Eropah untuk mengikat bersama-sama membentuk persatuan ini. FIFA telah ditubuhkan di Paris pada Mei 21, 1904 - namaPerancis dan nama singkatan kekal hingga ke hari ini, walaupun kepada di luar negara-negara berbahasa Perancis. Presiden pertamanya adalah Robert Guérin.

FIFA mempengerusikan pertandingan pertamanya pada tahun 1906, walau bagaimanapun ia berdepan dengan sedikit persetujuan atau kejayaan. Ini, bersama-sama dengan faktor ekonomi, mengakibatkan penggantian Guérin yang pantas dengan Daniel Burley Woolfall dari England yang ketika itu telah menjadi salah satu persatuan ahli. Pertandingan berikut yang diadakan, iaitu pertandingan bola sepak Olimpik 1908 di London lebih berjaya, walalupun disertai oleh pemain-pemain bola sepak profesional, bertentangan dengan prinsip-prinsip pengasas FIFA.

Keahlian FIFA berkembang ke luar Eropah, dengan permohonan Afrika Selatan pada tahun 1909, Argentina pada tahun 1912, dan Amerika Syarikat pada tahun 1913.

Bagaimanapun, FIFA jatuh bangun semasa Perang Dunia I, dengan banyak pemainnya dihantar untuk berperang dan dengan kemungkinan membuat perjalanan untuk permainan antarbangsa terlalu terhad. Selepas perang dan menyusul kematian Woolfall, pertubuhan itu diambil alih oleh Carl Hirschmann, seorang anak Belanda. Pertubuhan ini terselamat daripada kepupusan, tetapi pada kos tindakan keluar Negara-negara Tuan Rumah yang menyebut ketakrelaan mereka untuk menyertai pertandingan-pertandingan bersama-sama musuh-musuh Perang Dunia mereka.

Koleksi FIFA kini dipegang oleh Muzium Bola Sepak Nasional di England.


Piala Dunia FIFA

Jules Rimet menjadi Presiden FIFA ketiga pada 1921. Dia mengetuai atas kejayaan pertandingan Olimpik meskipun ketidakhadiran dari England dan Scotland. Kejayaan dari pertandingan ini, bergabung dengan kenaikan profail dari permainan ini, membenarkan FIFA untuk serius pertimbangkan, buat kali pertama, mementaskan Kejuaraan Dunia malarnya. bercakap pada hal ini mula pada 1928, dan Piala Dunia pertama mengambil tempat di Uruguay pada 1930 dan telah dimenangi oleh bangsa tanahair. Meskipun keengganan penyertaan dari bangsa Eropah (berpunca kepada masa pengembaraan yang diperlukan dan kemelesetan ekonomi yang berterusan), permainan ini telah dianggap berjaya dan rancangan telah dibuat untuk Piala Dunia seterusnya pada 1934, di Itali.


Meminggirkan satu rehat untuk Perang Dunia II, Piala Dunia ini terus diadakan setiap empat tahun sekali, dengan permainan paling baru pada 2002 diadakan di Korea Selatan dan Jepun. Piala Dunia seterusnya akan diadakan pada 2010.



Brazil Vs Holland, 0-3 Wajah-wajah Fans Brazil
















Rabu, 9 Julai 2014

Tat Nasi Ayam Alor Setar

Lokasi : Jalan Sultanah Sambungan, Alor Setar, Kedah
Masa : 11am hingga 2am
Harga : Nasi Ayam Biasa RM4



























Ramli Nasi Kandar Ayam Kampung - Simpang Empat, Alor Setar, Kedah

Lokasi : Simpang Empat Kangkung, Alor Setar, Kedah
Masa : petang hingga 2am
Harga : Lingkungan RM6-10 sepinggan.
















































Selasa, 8 Julai 2014

Kekalahan Memalukan Brazil Vs Jerman 1-7... Apa dah jadi..



Belo Horizonte, Brazil -Apa dah jadi dengan Brazil? Dengan ketiadaan Neymar sebagai kapten , pasukan tersebut dihentam habis-habisan oleh Jerman dengan 7 gol berbalas 1.

Toni Kroos dan Andre Schuerrle masing-masing menjaringkan dua gol untuk Jerman, manakala Thomas Mueller, Sami Khedira dan Miroslav Klose menjaringkan gol selebihnya. 

Oscar menjaringkan gol lewat kembali untuk Brazil

Johan Raja Lawak Menang Kes RM170K




Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini memerintahkan seorang pengarah dan syarikat penerbitan drama dan filem membayar ganti rugi RM170,100 kepada Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz atau dikenali sebagai ‘Johan Raja Lawak‘ dan isterinya. Pembayaran itu berikutan kes saman berhubung kecederaan yang dialami pelawak itu dalam penggambaran di sekitar Negeri Sembilan pada 2010.

Hakim Datuk Su Geok Yiam juga memerintahkan Pengarah Mohd Javed Mohd Nizar serta syarikat penerbitannya, Juara Filem Production Sdn Bhd membayar kos perubatan RM100 kepada Johan serta faedah lima peratus kepada Johan bermula dari tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian.

Mahkamah turut memerintahkan Mohd Javed dan syarikatnya selaku defendan membayar ganti rugi RM20,000 akibat trauma kepada isteri pelakon dan pelawak itu, Rozlinawaty Ismail serta faedah lima peratus bermula dari tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua defendan membayar kos RM50,000 kepada pasangan suami isteri itu. Dalam penghakimannya, Su berkata mahkamah mengambil kira bahawa plaintif merupakan seorang pelakon dan bergantung kepada wajahnya untuk mencari sumber pendapatan.

“Kecederaan yang dihadapi pada wajah Johan menyebabkan parut kekal dan sebagai seorang pelakon Johan bergantung kepada wajahnya untuk mencari pendapatan, akibat daripada kecederaan itu telah menjejaskan kerjayanya sebagai seorang pelakon,” katanya.

Hakim itu juga berkata tidak ada sebarang bukti ditunjukkan oleh plaintif mengenai kehilangan pendapatan yang sebenar ketika kejadian. Pada 7 Januari lalu, mahkamah membenarkan saman yang dikemukakan Johan dan isterinya selaku plaintif.

Pada 18 Julai 2010, Johan, 29, dan isterinya yang lebih dikenali sebagai Ozlynn Wati, 32, memfailkan saman RM1 juta terhadap kedua-dua defendan dengan mendakwa Mohd Javed telah mengasari dan membaling gelas kaca sehingga menyebabkan Johan mengalami kecederaan di dahi kirinya ketika mereka berjumpa di sebuah restoran di Sikamat, Seremban pada pada 11 Mei 2010.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Johan mendakwa Mohd Javed juga bertindak menterbalikkan meja di hadapannya dan isteri. Johan turut mengalami kecederaan pada bahagian bawah mata kanan didakwa akibat ditumbuk seorang kru penggambaran yang dikenali sebagai ‘Halim’.

johan raja lawak menang kes saman

Johan, yang juga pengacara mendakwa Mohd Javed dan Halim kemudian terus memukul dan menyepaknya dan perbuatan mereka dihalang Ozlynn yang menyebabkan isterinya itu turut dipukul.

Sehubungan itu, kedua-dua plaintif menuntut ganti rugi am sebanyak RM1 juta, ganti rugi khas untuk perbelanjaan dan kos rawatan serta ganti rugi teruk. Pasangan itu diwakili peguam Suhaimi Saad manakala kedua-dua defendan diwakili peguam Baljit Singh




Isnin, 7 Julai 2014

[Perhatian] Scam Kad Kredit




SCAM ALERT: Siapa sangka kegembiraan bercuti di hotel boleh bertukar musibah apabila anda mungkin kehilangan wang hanya dengan menerima satu panggilan telefon yang didalangi oleh sindiket penipuan.

Kebelakangan ini, terdapat satu sindiket penipuan licik yang memperdaya penginap hotel dengan membuat panggilan ke bilik hotel secara rambang bagi mendapatkan maklumat kad kredit mereka.


Modus operandi yang digunakan:
1. Mangsa menginap di sebuah hotel dan telah membuat pembayaran menggunakan kad kredit.

2. Ahli sindiket akan membuat panggilan ke hotel tersebut sebelum meminta disambungkan ke mana-mana bilik secara rambang.

3. Semasa berada dalam bilik, mangsa menerima panggilan telefon yang kononnya daripada “front desk” hotel, berkenaan masalah pengesahan kad kredit.

4. Ahli sindiket akan memperdaya memastikan mangsa untk percaya panggilan tersebut adalah daripada “front desk” hotel dengan gaya percakapan yang profesional.

5. Mangsa diminta membacakan semula nombor kad kredit dan membuat pengesahan tiga digit nombor di belakang kad kredit yang telah digunakan.

6. Mangsa yang percaya akan memberikan semua maklumat kewangan yang diminta oleh ahli sindiket.


Nasihat polis:

1. Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada sekiranya menerima apa-apa panggilan yang meminta maklumat kewangan terutamanya maklumat kad kredit.

2. Ambil sedikit masa untuk bertanyakan beberapa soalan kepada pemanggil dan rujuk kepada orang ketiga (ahli keluarga/rakan) sebelum memberikan sebarang maklumat atau respon.

3. Dinasihatkan urusan pengesahan kad kredit hanya dibuat secara bersemuka di kaunter.



Sabtu, 5 Julai 2014

Budak Lelaki Cuba Tenangkan Rakannya Di Awal Persekolahan [Subtitle].


Setiap manusia adalah unik dan mempunyai sikap, sifat dan kelebihan masing-masing tidak kira usia tua ataupun muda mahupun masih kanak-kanak.

Antara sifat yang paling manusia gemar adalah sifat penyayang contohnya yang ada pada budak yang berumur 4 tahun ini. Walaupun masih kanak-kanak tetapi caranya itu cukup menunjukkan yang dia seorang penyayang dan mengambil berat. Sudah tentu ini adalah sifat paling dicari-cari oleh para wanita dari seorang lelaki.

Video ini telah dirakamkan pada hari pertama persekolahan (mungkin tadika) di china yang mana seorang murid perempuan sangat bimbang dan risau akan ketiadaan ibu menemaninya. Mengambil berat terhadap budak perempuan itu lihatlah apa yang budak lelaki ni lakukan. Pandai juga dia berkata-kata mengurangkan dan melegakan kerisauan budak perempuan itu.


Jumaat, 4 Julai 2014

[Piala Dunia 2014] Neymar Cedera Tulang Belakang



























Brazil memang berjaya melangkah ke separuh akhir selepas mengalahkan Colombia dengan keputusan 2-1 di suku akhir. 

Namun ketika perlawanan memasuki minit ke-86, salah seorang penyerang handalan Selecao, Neymar mengerang kesakitan selepas dilanggar oleh Juan Zuniga dari belakang. 

Kakitangan perubatan segera memasuki gelanggang dan akhirnya Neymar harus meninggalkan lapangan dan digantikan oleh Henrique. 

Khabar terbaru diberitakan bahawa Neymar terus dilarikan ke hospital dan hasil pemeriksaan awal amat serius. 

Brazil dipastikan akan menghadapi Jerman di semi final tanpa kapten Thiago Silva yang terkumpul kad kuning.



[Al-Fatihah] Kematian Biduanda Malaysia Sharifah Aini















PETALING JAYA: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara di sini.

Sharifah Aini, 61, meninggal dunia akibat fibrosis paru-paru atau 'paru-paru berparut'.

Berita kematian penyanyi lagu Seri Dewi Malam itu disahkan oleh rakan baik Allahyarham iaitu Aishah Ali.

Sharifah Aini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan itu pada Selasa lalu selepas mengalami kesukaran bernafas namun keadaan penyanyi itu dilaporkan stabil.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang anak lelaki iaitu Aliff Omar Ali.

Dalam pada itu, jenazah Allahyarham dijangka dibawa ke Masjid Al Taqwa Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur selepas solat Subuh sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, dekat sini pada Sabtu.

Terdahulu, Allahyarham menerusi status Facebook miliknya sebelum ini pernah meminta peminat-peminatnya mendoakan kesejahteraan beliau selain meminta mereka menghadiahkan Al-Fatihah sekiranya beliau meninggal dunia.

Sumber: mStar online


Rabu, 2 Julai 2014

Telekom Malaysia Bakal Hadir Dengan Perkhidmatan Mudah-Alih 4G LTE Dinamakan “TMgo”

Desas-desus berkenaan dengan perkhidmatan 4G LTE daripada Telekom Malaysia bukanlah sesuatu yang baru. Menariknya, hari ini sebuah halaman hadir ke laman Telekom Malaysia, memperlihatkan mereka akan hadir dengan perkhidmatan tersebut tidak lama lagi.













Melalui halaman yang diterbitkan itu, Telekom Malaysia mengatakan TMgo sebagai perkhidmatan LTE pertama di Malaysia yang mana menawarkan rangkaian yang stabil dan pantas. Untuk makluman, pihak TM sedia mempunyai sebuah aplikasi dinamakan TMgo sebelum ini, tetapi dengan pengenalan HyppMe, ia mungkin telah ditamatkan. Apatah lagi, nama TMgo memberikan idea menggunakan perkhidmatan internet TM ketika bergerak.





Dua pilihan modem disediakan, dimana satu berfungsi sebagai USB yang perlu dihubungkan ke komputer riba untuk menggunakannya, sementara satu lagi merupakan modem mudah-alih yang pengguna boleh berkongsi akan taliannya bersama-sama rakan-rakan dan ahli keluarga lain.














Pihak Telekom Malaysia dilihat mungkin menyediakan beberapa pakej untuknya (mungkin draft awal?). Buat masa ini, daripada halaman web yang masih dalam pembangunan tersebut, Telekom Malaysia memperlihatkan pilihan pelan mengikut hari, dimana pengguna boleh menikmati penggunaan data sehingga 3GB pada harga RM40 untuk sebulan, ataupun pada harga RM10 untuk sehari bagi penggunaan 2GB.










TMgo juga dilihat akan diperkenalkan dibeberapa kawasan terhad terlebih dahulu, iaitu sekitar Pendang, Kedah, dan juga Melaka Tengah, Melaka. Perkara ini juga selari dengan beberapa desas-desus sebelum ini mengatakan pihak Telekom Malaysia menguji rangkaian 4G LTE di Kedah. Berkemungkinan TMgo akan ditawarkan di lokasi-lokasi yang tidak diliputi oleh Unifi ketika pengenalannya.

Buat masa ini, ia tidak lagi diketahui bilakah pihak Telekom Malaysia akan memperkenalkan TMgo secara rasminya. Beberapa halaman web masih tidak diterbitkan lagi, membuatkan info mengenainya tidak menyeluruh. Info yang sedia diterbitkan juga mungkin berubah pada masa pelancarannya kelak. Kami telah menghubungi pihak Telekom Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.

Jadi, apa kata anda berkenaan perkhidmatan rangkaian 4G LTE daripada Telekom Malaysia ini?