Rabu, 2 Julai 2014

Basic Troubleshoting Penghawa Dingin
















Alat diatas dipanggil 'Manifold gauge' ini akan memberi bacaan tekanan rendah dan tinggi dalam sistem aircond itu sendiri. Serupa macam check tekanan darah. Analogi : Jika tekanan terlalu rendah, gas tak cukup.jika tekanan tinggi maka adala part yang tersumbat atau heating tak dapat disalur keluar dari sistem. Salur tengah tu untuk topup gas. jika asyik kurang je gas walau dah topup banyak kali maka adalah  part yang 'leaking'. Jika 'compressor' atau jantung aircond ni yang 'kong' maka kena tukar sebijik yang baru.


Tips: Kalau aircond kat rumah tak sejuk ini dia simple trouble shoot..

1. Kipas Indoor (blower) kat dalam rumah On tapi angin yang keluar kurang atau tak sejuk..check Penapis udara kat indoor dulu. Kalau kotor keluarkan penapis dan basuh dengan air sabun. Dah kering pasang semula. Bila filter (penapis habuk) kat indoor tersumbat, udara panas tak dapat disedut keluar oleh kipas blower dan udara sejuk tak dapat dibawa masuk ke dalam rumah.

2. Bila kipas dalam rumah ON dan kipas kat luar (Condenser Fan) tu tak pusing maka selalunya 'Kompressor' pun akan ikut tak function. Sebab selalunya normal setting setelah beberapa minit kipas luar berpusing dan selepas itu baru kompressor akan ON. Kalau kipas berpusing cuba rasa dengan tangan angin yang keluar tu panas ke suam2 atau tak rasa apa..sepatutnya angin yang keluar rasa panas sebab bila kompressor dah ON haba dari dalam rumah dibawa keluar melalui gas aircond dalam paip dan dibuang melalui kipas kondenser diluar.

3. Kalau Kipas kat outdoor pusing cuba dengar samada Compressor berfungsi atau
tak..(bunyi macam peti ais)..

4. Masalah 2 dan 3 diatas untuk kenal pasti samada kipas atau kompressor yang problem.
(Jika tak function mungkin ada 'trip' kat control switch atau Fan problem, mungkin juga Compressor). Jika lepas 'reset' masih tak function..berat tuh..Jika keduanya function, Alhamdulillah. Go to the next step.

5. Jika kipas dalam dan luar berfungsi dan kompressor pun ON tapi rumah tak sejuk..
maka perhati kat jaring-jaring halus belakang kipas tu..jika dah berhabuk tak nampak sirip maka kenalah cuci dulu sirip-sirip tu. Jika habuk tebal melekat kat sirip udara panas yang dibawa dari dalam rumah ke luar tak dapat disingkir keluar oleh kipas dengan jaya.

6. Last sekali jika masih tak sejuk guna manifold gauge untuk check samada gas kurang dan perlu ditambah.

Kesimpulan: Tips ni untuk simple troubleshoot bagi basic normal aircond sahaja. Buatlah servis seeloknya 6 bulan sekali bagi penggunaan kerap dan 1 tahun sekali bagi penggunaan yang minima. Tak pun agak-agak kalau dah lama sangat tak servis dan aircond macam dah kurang sejuk bolehlah panggil tukang aircond servis.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan